Assalamu'alaikum
*cantik tak cantik tak?
Lokasi gambar tersebut adalah di Tasik Hijau (Grüner See - Green Lake), Austria.
Cantik kan? Nampak macam penyelam tu berenang kat atas udara. Tapi
sebenarnya itu memang persekitaran sebenar sebuah tasik yang dinamakan Tasik Hijau. Tasik Hijau
terletak di Tragoes, Styria, di kaki gunung Hochschwab dan berdekatan dengan bandar Tragöß. Tasik ini dikelilingi hutan dan Gunung Hochschwab. Dinamakan 'Green Lake' kerana warna airnya yang berwarna hijau emerald.
[pic courtesy: 1]
Gunung
Hochschwab sentiasa dilitupi salji. Apabila tiba musim sejuk (6-7 °C), seluruh
kawasan gunung meliputi kawasan kaki gunung akan sepenuhnya kering. Pada ketika itu, kedalaman air hanyalah 1-2 meter. Tetapi setibanya musim bunga di mana suhu kembali meningkat, salji dan
ais di puncak Gunung Hochschwab akan mula cair dan mengalir ke bawah
menuju ke dasar kaki gunung. Kesannya, kawasan tersebut akan dipenuhi
dengan air yang sangat sejuk dan jernih warnanya sehingga boleh
menampakkan segala tumbuhan hijau yang ditenggelaminya. Paras air akan mencecah sehingga 12 meter. Kedudukan air
yang paling tinggi adalah pada bulan Jun dan akan mula surut menjelang
bulan Julai.
*sering menjadi tumpuan pejalan kaki sebelum dipenuhi dengan air [pic courtesy: 1]
*laluan pejalan kaki [pic courtesy: 1]
*boleh rilek rilek dulu [pic courtesy: 1]
[pic courtesy: 2]
0 GOSIP on "Do Exist: Green Lake, Austria"
Post a Comment