Assalamu'alaikum
ok, pernah tengok kejadian 2 laut bertemu macam kat bawah ni?
Laut Baltik dan Laut Utara yang bertemu tetapi airnya tidak bercampur
Tempat
titik pertemuan ini dinamakan Grenen dan terletak di Skegen, Denmark.
Nama Grenen diperoleh hasil daripada bentuknya yang seakan-akan cabang
pokok ["gren" dalam bahasa Danish] Menurut kajian sains, dua laut ini
tidak bercampur disebabkan oleh perbezaan ketumpatan yang sangat ketara
di antaranya.
Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
|
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang
keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada peneyekat yang
memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya |
[Surah ar-Rahman: ayat 19-20]
*pic courtesy: 1
Laut
Utara merupakan sempadan bagi Lautan Atlantik - di antara Scandinavia
United Kingdom, Germany, Netherlands, Belgium dan Perancis. Manakala
Laut Baltik merupakan laut jenis Mediterranean [air yang lebih payau
rasanya] pada bahagian Denmark yang lainnya iaitu Eropah Utara -
dikelilingi Smenanjung Scandinavian, tanah besar Eropah dan Pulau
Danish.
*pic courtesy: LUUUX
Air dari Laut Baltik lebih segar berbanding air di dasarnya. Manakala
air Laut Utara yang datang dari Selat Danish adalah lebih masin.
Disebabkan perbezaan ketumpatan di antara kedua jenis air inilah menyebabkan dua laut ini tidak bercampur.
*pic courtesy: Boydom.com
|
Atau siapakah yang telah menjadikan Bumi tempat penetapan dan telah
menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah
menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah
menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan
(semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain
bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu)
tidak mengetahui |
[Surah an-Naml: ayat 61]
Dan fenomena yang berikutnya adalah Tasik di dasar air. Kedengaran pelik tetapi ia memang benar.
*pic courtesy:Anatoly Beloshchin
Kedalaman
tasik ini lebih dari 650 kaki di bawah permukaan Teluk Mexico [GoM].
Dikatakan di luar kawasan Semenanjung Yucatán, GoM terdapat lebih banyak
tasik air masin di dasarnya. Air dari tasik-tasik tersebut mengandungi
kandungan garam yang sangat tinggi dan termendap di dasarnya. Kubah
garam yang paling menonjol di kawasan teluk tersebut adalah di Pulau
Avery.
*mendapan garam yang terbentuk di dasar tasik
*pic courtesy:Anatoly Beloshchin
Dikatakan
air dari tasik ini lebih masin dan berketumpatan tinggi berbanding air
masin yang mengelilinginya dan menyebabkan ia termendap ke dasar dan
membentuk sebuah tasik garam. Tasik tersebut mengandungi bahan kimia hidrogen
sulfide yang lebih berat dari air.
*pic courtesy:Anatoly Beloshchin
|
Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini
tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara
keduanya dinding dan batas yang menghalangi |
[Surah al-Furqan: ayat 53]
*pic courtesy:Anatoly Beloshchin
*pic courtesy:Anatoly Beloshchin
*kupang yang terdapat di sekitar tasik
Menariknya,
kupang ini dikatakan boleh menukarkan kandungan garam yang tinggi
kepada gas metana yang boleh dijadikan sumber tenaga. Kupang-kupang ini
mengandungi bakteria yang dikenali sebagai Chemoautotrophs: organisma
yang menghasilkan tenaga daripada proses Chemosynthesis. Menarik bukan?
0 GOSIP on "Natural Phenomena: Baltic and North Sea Meet"
Post a Comment