Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 23, 2014

Kenapa Langit Itu Biru?


Assalamu'alaikum

Pernah tak korang terfikir kenapa langit kita berwarna biru? kenapa tak merah jambu ke, hijau pucuk pisang ke..mana la tau kan kot kot pernah terlintas kat benak sanubari korang kan..jom baca entri di bawah untuk mengetahui sebabnya.

 
*Pendang, Kedah

 
*Pendang, Kedah

Warna biru pada langit adalah disebabkan serakan molekul-molekul cahaya matahari di atmosfera. Serakan ini dipanggil Serakan Rayleigh [SR] bersempena nama ahli fizik British yang dikatakan telah menemui fenomena ini iaitu Lord Rayleigh. Serakan ini lebih efektif pada gelombang yang lebih pendek [merujuk kepada warna biru pada penghujung spektrum]. Oleh itu, serakan cahaya akan diserakkan ke bawah menuju ke bumi pada sudut yang lebih luas bergantung kepada arah cahaya matahari. SR berbeza dengan serakan-serakan lain kerana mudah terserak pada gelombang yang lebih pendek.  Warna biru yang bergelombang pendek pada spektrum cahaya akan lebih mudah diserakkan berbanding warna-warna lain.


Langit yang berkedudukan makin jauh dari matahari adalah lebih pekat warna birunya berbanding langit yang berkedudukan dekat dengan matahari. Warna langit yang kian memutih berdekatan matahari boleh disifatkan sebagai Serakan Mie iaitu serakan cahaya tidak bergantung sepenuhnya terhadap gelombang.

 
*Sungai Siput, Kedah

Manakala langit akan bertukar kemerahan menjelang senja disebabkan proses serakan yang melampau / meningkat. Ini adalah disebabkan terbenamnya matahari pada sudut yang berbeza menyebabkan cahaya matahari akan more travel melalui udara. Fenomena ini meningkatkan lagi proses serakan sehingga semua warna biru terserak selengkapnya jauh dari penglihatan menggantikan gelombang yang lebih panjang iaitu warna merah.

*Tobago

SR merupakan faktor penting dalam menentukan sesetengah warna batu permata. Sesetengah warna berlian akan nampak biru apabila berada pada cahaya yang berbeza seperti cahaya UV dan adakalanya akan muncul warna seakan-akan merah.

 

Sumber Artikel: 1, 2,


0 GOSIP on "Kenapa Langit Itu Biru?"

Post a Comment

 

the secret Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez