Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 23, 2014

11 Jenis Coklat Paling Mahal di Dunia


Assalamu'alaikum

Berikut merupakan 11 jenis coklat yang paling mahal di dunia.

11. Koleksi Coklat The Aficiondo.

 


Mungkin coklat yang paling diminati bagi perokok-perokok di luar sana. Dihasilkan oleh House of Grauer. Terdapat dalam pelbagai perisa seperti susu, madu lebah, kulit kayu manis dan juga kacang hazel panggang. Setiap bar coklat dibalut dengan daun cerut/tembakau, berat lebih kurang 277 gram dan berharga $275 [RM 835].

10. Coklat Michel Cluizel

 


Satu paket mengandungi 400 keping coklat [handmade] dan dibalut dengan design yang hebat. Bahan-bahan untuk menghasilkan coklat ini datang dari 10 ladang yang berbeza - Amerika Selatan dan juga Afrika. Kandungan koko dianggarkan 33 hingga 98 peratus. Harga untuk satu kotak lebih kurang $900 [RM 2731] atau $350 [RM 1062] untuk 454 gram.

9. Coklat Truffle Delafee dengan Salutan Emas Tulen

 

Dengan salutan emas yang tulen membuatkan coklat ni sangatlah mahal dan terkenal. Diperbuat daripada biji koko, kepingan koko dan emas 24-karat. Harga untuk satu kotak mencecah $409 [RM 1241] untuk satu hidangan seberat 454 gram.

8. Koleksi Godiva "G"

 

 

Diperbuat daripada biji koko dengan pelbagai campuran bahan-bahan yang lain. Kotaknya yang dibalut dengan sutera halus yang sangat berkualiti dan sangat sesuai dijadikan hantaran hadiah kepada wanita. Berharga $500 [RM 1516] untuk 454 gram. 

7. Coklat Pierre Marcolini


 

Diperbuat dari kilang coklat terkenal di Brussels dan berharga $550 [RM 1669] bagi 454 gram. 

6. Coklat Criollo oleh Richart Chocolates


 

Produk yang paling mahal dijual oleh Richart Chocolates berharga $700 [RM 2125] untuk 454 gram. Coklat Criollos diperbuat dari buah koko dari kawasan Chuao, Venezuela - sebuah negara yang dikatakan mempunyai buah koko yang paling terbaik di dunia.

5. Gold and Diamond Chocolates oleh Cocoa Gourmet


 

Koleksi diraja yang dihasilkan oleh Cocoa Gourmet menawarkan coklat perak, emas dan permata tulen. Satu kotak dengan 12 keping coklat serba 4 keping disalut dengan emas, perak dan permata tulen. Setiap kepingan coklat mempunyai lapisan lembut krim putar Swiss. Setiap logam yang disalut coklat disahkan oleh standard antarabangsa bagi industri pemakanan. Satu kotak mencecah $1 250 [RM 3794], lebih kurang $790 [RM 2398] untuk 454 gram.

4. Koleksi Noka Vintages




Diperbuat dari campuran koko asli dari ladang kawasan Trinidad, Venezuela, Cote d'Ivoire dan Ecuador. Coklatnya adalah asli tanpa campuran perisa mahupun bahan-bahan yang lain. Untuk 454 gram coklat ini berharga $850 [RM 2580].

3. Chocopologie oleh Fritz Knipschildt


 

Dihasilkan oleh pembuat coklat terkenal dari Connecticut dan diperkenalkan sejak 1999. Diperbuat dari biji koko berserta truffles yang berkualiti tinggi. Ianya akan dibuat jika terdapat permintaan sahaja. Berharga $2600 [RM 7892] untuk 454 gram.

2. Coklat Swarovski-studded oleh Harrods

 

Coklat kedua termahal di dunia. Satu kotak mencecah harga $10 000 [RM 30 352]. Mengandungi 49 keping bagi satu kotak. Ianya disematkan dengan batu kristal Swarovski dan dibalut dengan sutera India [handmade]. Kotaknya juga dihias dengan jalur-jalur emas dan platinum. Setiap kepingan coklat disematkan dengan sekuntum bungan kristal. 

1. Le Chocolate Box

 

Coklat yang mencecah harga $1 000 000 [RM 4 552 800] hanya untuk sekotak. Dengan kotak yang direka khas oleh Simons Jewelers disertakan dengan koleksi coklat Le Chocolate. Selain itu, kotaknya juga dihias cantik dengan rantai leher, anting-anting, cincin dan gelang tangan yang diperbuat dari permata biru dan kuning, hijau zamrud dan nilam. 

p/s: ai nak coklat nye aje. kotak tak hias pun takpe. ai bukan nak makan kotaknye pun~

Sumber: 1, 2


0 GOSIP on "11 Jenis Coklat Paling Mahal di Dunia"

Post a Comment

 

the secret Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez