Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 23, 2014

Universe: Boomerang Nebula


Assalamu'alaikum

Entri kali ni berkaitan dengan universe pulak. maklumla dulu ada niat nak jadi ahli astronomi tapi nak guna teleskop pun tak reti, so dibantutkanlah impian itu.

Boomerang Nebula [atau dipanggil Bow Tie Nebula] merupakan plotoplanetary nebula yang terletak kira-kira 5 000 tahun cahaya dari Bumi dalam kawasan buruj Centaurus. Suhu yang dicatatkan adalah -272.15 darjah Celcius dan merupakan tempat yang paling sejuk di alam semesta. Perkara ini telah disahkan oleh ahli astronomi Sahai dan Nyman pada tahun 1995 dengan menggunakan Teleskop Swedish ESO Submillimetre berukuran 15 meter bertempat di Chile.

 
*pic courtesy: NASA

*28/12/2007 - NASA

Boomerang Nebula terbentuk hasil daripada pengaliran keluar gas daripada bintang dan bahagian teras bintang dan selalunya berlaku pada peringkat akhir hidup sebuah bintang. Kandungan gas bergerak keluar pada kelajuan kira-kira 164 km/s dan tersebar luas dengan cepatnya. Pengembangan dan serakan gas ini disebabkan nebula tersebut yang bersuhu sangat rendah. Diberi nama Boomerang Nebula / Bow tie Nebula pada tahun 1980 selepas Keith Taylor dan Mike Scarrot membuat pemerhatian terhadap bentuk nebula yang seakan-akan menyerupai 'bow tie' menerusi teleskop Hubble milik NASA.

 
*1998-NASA

 
*pic courtesy: Steve Bowers

Sumber: 1

0 GOSIP on "Universe: Boomerang Nebula"

Post a Comment

 

the secret Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez