Assalamu'alaikum
Snow
roller atau disebut gulungan salji adalah fenomena meteorological yang
jarang berlaku. Gulungan salji ini terbentuk apabila bebola salji besar
terbentuk secara semula jadi membentuk ketulan dan ditiup oleh angin
yang kuat di atas permukaan tanah. Ketulan ini dikatakan akan bergulung
bersama sama dengan apa sahaja bahan yang berada di antara jalannya dan
hasilnya akan menghasilkan gulungan yang besar. Gulungan salji yang
terbentuk ini selalunya berbentuk silinder dan berlubang di bahagian
tengah di mana lapisan inilah yang mula-mula terbentuk. Lapisan ini
sangat nipis dan mudah lerai berbanding lapisan luar.
Setakat ini, gulungan salji paling besar direkodkan adalah berdiameter 61 cm.
Terdapat beberapa keadaan yang diperlukan untuk gulungan salji ini terbentuk;
- kawasan permukaan tanah haruslah dilitupi oleh lapisan ais di mana salji tidak akan melekat di atasnya
-
lapisan ais tersebut haruslah dilitupi salji yang basah, salji mudah
lerai dan tidak terlalu mudah ditiup oleh angin (Suhu Salji = 32 degree
F)
-
angin yang akan meniup salji mestilah kuat sesuai dengan keadaan untuk
salji itu digulung, tetapi tidak terlalu laju sehingga gulungan salji
itu tidak sempat digulung
Selalunya gulungan salji ini akan terbentuk di kawasan-kawasan berbukit mahupun bergunung-ganang.
Gulungan salji di Camas, Prairie (March 31, 2009)
Kejadian
ini kerap berlaku di kawasan Amerika Utara dan Utara Eropah dan yang
paling terkini berlaku di Illinois pada 11 Februari, 2003.
Salji yang terbentuk di Petersburg seberat 5 pound = 2.3 kg
macam karpet pun ada (dari Giant Mountain, Republik Czech)
cool what this scenery~ blink2
jom kita lawan, sape lagi besau~ hoho
0 GOSIP on "Natural Phenomena: Snow Rollers"
Post a Comment