Assalamu'alaikum
masak ape petang2 ni macik? buat sup ke?
Foxfire, atau adakalanya dikenali sebagai 'api pari pari' merupakan sinar cahaya yang dihasilkan oleh sejenis species fungi yang terdapat pada kayu-kayu reput. Cahaya hijau yang terhasil adalah disebabkan oleh luciferine yang bertindak balas dengan oksigen untuk menukarkan tenaga kimia kepada tenaga cahaya. Terdapat beberapa jenis fungi yang dapat mengeluarkan cahaya hijau ini seperti Panellus stipticus, honey mushroom (Armillaria mellea) dan Jack o'lantern mushroom (Omphalotus illudens). Antara nama lain untuk Foxfire adalah 'Cold Fire', 'Will-o-the-wisp', dan 'Faerie Fire'.
Panellus stipticus
Armillaria mellea
Omphalotus illudens
ni kalau aku masak nanti bila makan gamak2 bersinar sinar tak perut aku? jimat sket bateri torchlight.
mungkin la macik. saya tak cuba lagi. mungkin enak dibuat cendawan crepe. eheh!
untungla kalau gitu. durian kena beli, cendawan kutip kat batang kayu jo, ye dok?
Terdapat
30 hingga 40 jenis fungi bercahaya di serata dunia. Species yang
selalunya dilihat di kawasan Chicago Wilderness adalah disebabkan oleh
mycelium yang terdapat di dalam honey mushroom. Mycelium merupakan sejenis kumpulan hyphae yang tumbuh di atas dalam tanah dan di dalam kayu reput mahupun lubang-lubang terbiar. Manakala bahagian cendawan (fruiting body) pula di atas tanah. Apabila mycelium ini mengeluarkan cahaya, ia seolah olah kayu yag didiami janis cendawan tersebut yang bercahaya.
Struktur cendawan yang mempunyai mycelium
Batang kayu reput yang didiami cendawan yang mempunyai mycelium
Jenis cendawan Jack o'lantern mushroom disebabkan oleh insang cendawan yang terdapat di bahagian fruiting body.
Kebaikan jenis cendawan ini adalah dalam membantu menyimpan semula
kandungan nutrient di dalam tanah. Tetapi cendawan ini tidak boleh
dimakan kerana boleh menyebabkan masalah berkaitan perut dan juga usus.
Species Jack o'lantern mushroom
Antara species lain yang turut menghasilkan cahaya
Mycena chlorophos (Mycena chlorophanos)
Pleurotus nidiformis (Ghost Fungus)
kat mana ada jual ni nak? macik macam berminat
beli online pon boleh macik~ buat hiasan je ye. jangan dok buat sup pulak ;p
Glow-in-the Dark Mushroom Habitat Kit
*hebat kau siap ade jual lagi kat market~
0 GOSIP on "Natural Phenomena: Foxfire"
Post a Comment