Assalamu'alaikum
Entri ke 2 dalam 1 hari. dari nak serabutkan otak aku buat PD, better aku berblogging. lagi best. usya blog yang ber'rainbow, amat tenang hati rasanya. *riak sebentar -,-
ok ok. masih lagi dalam mood fenomena fenomena alam. kita sebagai manusia ni kena la banyak memerhati kejadian alam supaya dapat menyedari betapa agung-Nya kebesaran Allah s.w.t. *cheywah, ayat tazkirah tak brapa buleh blah aih. ko semayang pun berterabur makngah!
Back to our main topic. aku kalau bab intro tak penah kata nak lulus. pen merah memanjang dalam buku rekod.
*debushh! bagi setempek gambar. gamak gamak tau dak apa kebenda la ni?
Gambar kat atas tu dipanggil sebagai mammatus (sebut Ma-Ma-Tuss) ataupun mammatocumulus*muncungkan mulut juih ke depan untuk memberi kesan sebutan yang lebih efektif (bermaksud "awan mammary" atau awan payudara"). Term term tersebut merupakan term meteorologi yang digunakan untuk memberi maksud kepada bentuk bentuk yang tergantung pada dasar awan. Mammatus berasal dari bahasa Latin 'mamma' yang membawa maksud payudara ataupun 'udder' iaitu kantung susu seperti yang terdapat pada lembu atau kambing.
*June 27, 2012 [somewhere around Canada]
Mammatus adalah contoh fenomena yang dikatakan awan tenggelam dalam udara dan jarang sekali berlaku. Walaupun nampak seperti menakutkan, tetapi awan mammatus tidaklah berbahaya dan bukan petanda bahawa puting beliung akan berlaku seperti mana yang disalah anggap sebelumnya. Sebaliknya awan mammatus akan terjadi sejurus selepas berlakunya puting beliung yang sangat dasyat.
Pergerakan gas-gas yang mempunyai kepekatan udara yang tinggi ke atas menuju ke puncak awan, menyebabkan hilangnya kesan momentum dan udara mula tersebar secara mendatar membentuk sebahagian dari awan berbentuk bongkah besi andas. Dan disebabkan kepekatan tinggi partikel partikel seperti kristal ais dan titisan air, udara yang tepu menjadi lebih berat daripada udara di sekeliling dan 'tenggelam' ke bawah ke arah permukaan Bumi. *pheww~ payah bebeno nau nak translate. lap peluh jap
*awan berbentuk andas
Semakin 'tenggelam' atau ke bawahnya udara tersebut, suhunya akan semakin menigkat. Walau bagaimanapun, disebabkan tenaga haba diperlukan untuk melebur dan mengewapkan partikal partikal mendakan yang terkandung dalam udara 'tenggelam' [merujuk kepada kandungan udara dalam awan mammatus] tersebut, maka pergerakan udara yang turut menghasilkan haba dikatakan sudah cukup untuk mengewapkan partikal partikal mendapan. Sekiranya haba ini masih tidak mencukupi dan perlu lebih banyak tenaga, maka udara 'tenggelam' akan menjadi semakin sejuk dari suhu sekeliling dan sebagai akibatnya, awan mammatus akan semakin 'menurun' ke bawah.
*bentuk awan yang berbentuk kantung sebenarnya merupakan 'kantung' udara yang dikatakan 'tenggelam' ke bawah
27/06/2012 - Selatan Saskatchewan sejurus selepas berlakunya puting beliung
Awan mammatus akan berada pada keadaannya dengan lebih lama jika udara tersebut mengandungi titisan air dan ais kristal yang lebih besar kerana lebih banyak tenaga diperlukan untuk proses pengewapan berlaku.
*Colorado Springs - 06/06/2012 [Chandler Knop]
* June 2012 [photo by Brenda]
*setelah penat mengarang dengan menggunakan ilmu tatabahasa tinggi, perut krok krek krok krek la pulok!
0 GOSIP on "Natural Phenomena: Mammatus Clouds"
Post a Comment