Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, April 7, 2013

10 Rawatan Semulajadi untuk Jerawat


Assalamu'alaikum

Entri yang berkaitan jerawat. ya, jerawat yang orang benci sangat2 bila tumbuh ka bahagian muka terutamanya. sakit pulak tu. aku ada jumpa 1 website ni dia ajar cemane nak rawat jerawat ni. dia ada based on kajian sikit2. kalau salah, jangan salahkan aku. salahkan website tu sebab aku tak buat pon kajian tu. tapi kalau dibaca-baca memang almost ada kaitan dengan aku la jugak. ngeh3~

1) Jangan picit, tonyoh, tenyeh, koyak, gosok jerawat kau tu. sebab perbuatan tersebut hanya akan meningkatkan lagi penghasilan sebum dan rosakkan membrane2 kat bawah kulit kau. sape student biology ni tahu la membrane2 tu apa. tapi takpe. tak penting sangat pon. ok. bila sebum tadi terhasil, maka dia akan merebak ke bahagian lain dan menybabkan lagi banyak jerawat akan tumbuh. bagaikan cendawan lepas hujan. menjadi-jadi jadinya. paham?

2) jangan lupa cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. jangan malas sangat. 2 kali je pon. make sure pencuci muka yang ada buih. kalau boleh guna sabun yang ada sulfur. lagi elok untuk jerawat. kalau kulit kau terlalu berminyak, guna sabun yang ada benzoil peroxide. apa tu benzoil peroxide? gugel sendiri. aku student kimia pun tak amek tahu sangat benda2 alah eh. ngeh3~ jangan guna span yang kasar, berus atau bahan yang seangkatan dengannya. pakai tangan sudah. mengada pakai berus bagai~
Jangan basuh muka terlalu kerap sebab akan menyebabkan kalenjar sebaceous menghasilkan lebih banyak sebum yang akan menyebabkan jerawat makin menjadi jadi nanti kat muka kau.

3) check mungkin disebabkan faktor pemakanan. kadang2 alergik. elakkan makan makanan berminyak dan jugak makanan pedas. ok. untuk makanan pedas tu aku tak sure sebab ada setengah website cakap spicy food boleh elak dari terjadinya jerawat. kajian terbaru cakap makanan bersusu pon boleh sebabkan jerawat dan jugak makanan laut a.k.a sifud sebab ada banyak kandungan iodin. selain elakkan makan makanan yang terlalu manis, makana yang digorang pada suhu tinggi, daging, mentega kacang. banyak makan sayur hijau dan makanan yang kaya dengan zinc dan ini tidak termasuk zink yang orang buat bumbung atap rumah tu. ok next.


4) minum bayak banyak banyak dan sangat banyak air. sebab air ni dapat singkir toksik dari badan dam dapat elak jerawat tumbuh.

 

5) kalau boleh jangan selalu sangat pakai make up. natural beuty kan lebih cantik. ingat, muka kau bukan buku lukisan yang boleh ditonyoh tonyoh sesuka hati pakai kale buncho bagai. pakai make up akan tutup liang2 kat muka sampai tak boleh nak bernafas. ini akan menyebabkan lebih banyak bintik2 hitam terhasil. kalau nak pakai sangat, pakai yang water-based. dan mesti mesti mesti dan mesti cuci muka sebelum tido kalau baru lepas pakai makeup tu especially yang dok tampal duatigapatblas lapis tu.

6) jangan guna produk yang berminyak. macam moisturizers yang oily-based dan oily cleansers.

7) pastikan muka sentiasa bersih. jangan selalu sangat dok tongkat dagu dan ELAKKAN selalu sangat sentuh muka dengan kerap sebab tangan kau tu sentiasa ada bakteria. time nak tido, elakkan rambut dari terkena muka sebab rambut jugak berminyak.


8) ni mesti iaitu senaman. dapat lancarkan aliran darah dan jugak buang toksik dari badan. tapi memang payah untuk orang yang liat gila nak keluar bilik. aku kah?

9) jangan selalu stress. nasihat pada diri ini jugak. banyak sangat dah kajian cakap stress merupakan 1 faktor tertumbuhnya jerawat di bahagian muka. ya, ia tumbuh dengan sopan sekali. -.-
hidup berkawan dan bergaul dengan dunia luar. dengar lagu fav kau. jalan2 keliling u kau ke. usya2 apa yang patut.

10) hirup udara segar dan dapatkan cahaya matahari yang mencukupi. pukul 10 punya sunlight adalah vitamin D. takyah tunggu pukul 10 pun takpe sebab cuaca sekarang pukul 8 pun dah panas gila. jadi, jangan segan2 untuk berjemur sekali sekala. jangan over sampai pukul 11 ke 12 pulak. nanti ada overdried, lain pulak jadinya.

ok, enafla tips untuk kali ni. aku pun rasa cam nak try jugak. tengok menjadi ke tak nanti. ngeh3~

Sunber: 1


0 GOSIP on "10 Rawatan Semulajadi untuk Jerawat"

Post a Comment

 

the secret Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez