Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 8, 2013

Natural Phenomena: Electric Neon Blue Waters


Assalamu'alaikum

untuk segmen Fenomena Alam ni, aku nak cerita tentang fenomena2 alam yang sangat lah ohsem yu oll. penah tengok gambar bawah ni?

 
 cantik kan cantik kan~

ok. fenomena kat atas di sebut Electric Neon Blue Waters. memang betul2 wujud dan bukan template movie Avatar ye. sape2 nak tengok lebih jelas, boleh la ajak famili ke Pulau Vaadhoo, Maldives. pantai2 kat Maldives memang ohsem2 belaka.

kenapa biru?

seindah namanya Neon, jangan korang ingat ada orang yang pegi letak lampu neon pulak kat tepi2 pantai tu. rajen kau~

Warna biru yang terhasil adalah disebabkan sejenis alga Noctiluca scintillans yang terdapat dalam air laut tersebut. 

 
Noctiluca scintillans

Protozoa ini juga dikenali sebagai Sea Sparkle dan tergolong di dalam jenis organisma yang boleh mengeluarkan cahaya. Noctiluca merupakan species dinoflagellate yang tidak bertoksik dan turut menyumbangkan sumber makanan kepada alga2 dan species ikan yang lain. Species dinoflagellate ini juga dikatakan mempunyai enzim yang apabila ianya bertindak balas dengan oksigen akan menghasilkan cahaya.


 
 Sea Sparkle

Noctiluca scintillans yang bewarna merah jambu terang akan menyebabkan kawasan yang didiaminya mempunyai warna yang sama tetapi uniknya protozoa ini akan bertukar biru bergemerlapan setibanya waktu malam kerana berlakunya tindak balas dengan oksigen dan terdapatnya gangguan seperti ombak dan kuasa elektrik juga merupakan salah satu faktor untuk protozoa ini bercahaya.

Apabila air laut bercampur dengan oksigen, menyebabkan bakteria bioluminescent untuk  bersinar. Terdapat banyak organisma2 di dalam laut yang bercahaya terutama yang tinggal di kawasan dasar laut yang dalam di mana kawasan tersebut tidak dapat ditembusi cahaya matahari.

Setibanya waktu malam, pantai ni akan mula bercahaya disebabkan alga2 Noctiluca scintillans yang turut dikenali sebagai 'red tide'. 'Red tide' akan menukar keseluruhan pesisir pantai kepada warna merah pekat di siang hari.

 
Red tide

Pada waktu malam, sejenis mikroskopik plankton [dynoflagellates] akan bertambah dan plankton ni akan bercahaya apabila terdapatnya gangguan elektrik mahupun  ombak. 

Lagi gambar menarik Electric Neon Blue Waters

 

 

 

 

Sekian untuk entry kali ni. penat ngarang ayat skema*sambil lap peluh

Sumber: 1, 2


0 GOSIP on "Natural Phenomena: Electric Neon Blue Waters"

Post a Comment

 

the secret Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez