Assalamu'alaikum
hey
hey hey u olls~ dah minum petang ke? minum ape? kuih ape hari ni? ok.
takde kena mengena dengan tajuk pun. hari ni satu lagi natural phenomena
aku nak cerita. dok bosan2 taktau nak buat apa sangat kan, jom la
teghejah baca blog aku. dapat gak ilmu kan..haha!
Time ni suhu dicatatkan adalah -25 darjah Celcius
Light
pillar ataupun dipanggil tiang-tiang cahaya merupakan fenomena visual
yang terhasil disebabkan pantulan cahaya daripada kristal-kristal ais di
permukaan ufuk melintang yang kedudukannya selari. Cahaya tersebut
boleh juga datang dari sumber seperti Matahari (selalunya pada permukaan
ufuk yang rendah) atau selalunya dipanggil sebagai tiang mentari atau
tiang solar. Dan cahaya tersebut boleh jugak datang dari Bulan mahupun
lampu-lampu tepi jalan. [ok. gaya bahasa berstatus
tinggi dah keluar. disarankan sape2 yang dapat A1+++ dalam mane2 exam
mohon consider time nak proceed baca blog neh -.-]
*haa..contohnya gini. tiang mentari or sun pillar. ingat abang Goku je mampu buat super saiya beliau?
Tiang-tiang
cahaya merupakan sejenis fenomena optikal yang terhasil daripada
pantulan cahaya matahari mahupun cahaya bulan oleh kristal-kristal ais
yang terdapat di permukaan atmosfera Bumi. Tiang-tiang tersebut
kelihatan seperti jalur-jalur halus yang memanhang secara menegak ke
atas ataupun di bawah sumber cahaya. Paling ketara dan jelas kelihatan
adalah pada ketika Matahari berada di ufuk senja. Adakalanya ia juga
muncul daripada Bulan.
*Lautan Pasifik berdekatan Pulau Hawaii
Lebih menarik kalau ianya samulajadi berbanding man made light.
*Contoh Moon pillar [05/08/2011 - Door County, WI, USA]
0 GOSIP on "Natural Phenomena: Light Pillar"
Post a Comment