Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 9, 2013

Do Exist: Green Lake, Austria

0 GOSIP
Assalamu'alaikum

 
*cantik tak cantik tak?

Lokasi gambar tersebut adalah di Tasik Hijau (Grüner See - Green Lake), Austria. Cantik kan? Nampak macam penyelam tu berenang kat atas udara. Tapi sebenarnya itu memang persekitaran sebenar sebuah tasik yang dinamakan Tasik Hijau. Tasik Hijau terletak di Tragoes, Styria, di kaki gunung Hochschwab dan berdekatan dengan bandar Tragöß. Tasik ini dikelilingi hutan dan Gunung Hochschwab. Dinamakan 'Green Lake' kerana warna airnya yang berwarna hijau emerald.

 [pic courtesy: 1]

Gunung Hochschwab sentiasa dilitupi salji. Apabila tiba musim sejuk (6-7 °C), seluruh kawasan gunung meliputi kawasan kaki gunung akan sepenuhnya kering. Pada ketika itu, kedalaman air hanyalah 1-2 meter. Tetapi setibanya musim bunga di mana suhu kembali meningkat, salji dan ais di puncak Gunung Hochschwab akan mula cair dan mengalir ke bawah menuju ke dasar kaki gunung. Kesannya, kawasan tersebut akan dipenuhi dengan air yang sangat sejuk dan jernih warnanya sehingga boleh menampakkan segala tumbuhan hijau yang ditenggelaminya. Paras air akan mencecah sehingga 12 meter. Kedudukan air yang paling tinggi adalah pada bulan Jun dan akan mula surut menjelang bulan Julai. 

 
*sering menjadi tumpuan pejalan kaki sebelum dipenuhi dengan air [pic courtesy: 1]

 
 *laluan pejalan kaki [pic courtesy: 1]

 
 *boleh rilek rilek dulu [pic courtesy: 1]

 [pic courtesy: 2]

Sumber: 1, 2


Monday, April 8, 2013

Tahukah kau?

1 GOSIP
Assalamu'alaikum





 


 



Natural Phenomena: Mammatus Clouds

0 GOSIP
Assalamu'alaikum

Entri ke 2 dalam 1 hari. dari nak serabutkan otak aku buat PD, better aku berblogging. lagi best. usya blog yang ber'rainbow, amat tenang hati rasanya. *riak sebentar -,-

ok ok. masih lagi dalam mood fenomena fenomena alam. kita sebagai manusia ni kena la banyak memerhati kejadian alam supaya dapat menyedari betapa agung-Nya kebesaran Allah s.w.t. *cheywah, ayat tazkirah tak brapa buleh blah aih. ko semayang pun berterabur makngah!

Back to our main topic. aku kalau bab intro tak penah kata nak lulus. pen merah memanjang dalam buku rekod.

 
*debushh! bagi setempek gambar. gamak gamak tau dak apa kebenda la ni?

Gambar kat atas tu dipanggil sebagai mammatus (sebut Ma-Ma-Tuss) ataupun mammatocumulus*muncungkan mulut juih ke depan untuk memberi kesan sebutan yang lebih efektif (bermaksud "awan mammary" atau awan payudara"). Term term tersebut merupakan term meteorologi yang digunakan untuk memberi maksud kepada bentuk bentuk yang tergantung pada dasar awan. Mammatus berasal dari bahasa Latin 'mamma' yang membawa maksud payudara ataupun 'udder' iaitu kantung susu seperti yang terdapat pada lembu atau kambing. 

*June 27, 2012 [somewhere around Canada]

Mammatus adalah contoh fenomena yang dikatakan awan tenggelam dalam udara dan jarang sekali berlaku. Walaupun nampak seperti menakutkan, tetapi awan mammatus tidaklah berbahaya dan bukan petanda bahawa puting beliung akan berlaku seperti mana yang disalah anggap sebelumnya. Sebaliknya awan mammatus akan terjadi sejurus selepas berlakunya puting beliung yang sangat dasyat.

 

Pergerakan gas-gas yang mempunyai kepekatan udara yang tinggi ke atas menuju ke puncak awan, menyebabkan hilangnya kesan momentum dan udara mula tersebar secara mendatar membentuk sebahagian dari awan berbentuk bongkah besi andas. Dan disebabkan kepekatan tinggi partikel partikel seperti kristal ais dan titisan air, udara yang tepu menjadi lebih berat daripada udara di sekeliling dan 'tenggelam' ke bawah ke arah permukaan Bumi. *pheww~ payah bebeno nau nak translate. lap peluh jap

 
*awan berbentuk andas 

Semakin 'tenggelam' atau ke bawahnya udara tersebut, suhunya akan semakin menigkat. Walau bagaimanapun, disebabkan tenaga haba diperlukan untuk melebur dan mengewapkan partikal partikal mendakan yang terkandung dalam udara 'tenggelam' [merujuk kepada kandungan udara dalam awan mammatus] tersebut, maka pergerakan udara yang turut menghasilkan haba dikatakan sudah cukup untuk mengewapkan partikal partikal mendapan. Sekiranya haba ini masih tidak mencukupi dan perlu lebih banyak tenaga, maka udara 'tenggelam' akan menjadi semakin sejuk dari suhu sekeliling dan sebagai akibatnya, awan mammatus akan semakin 'menurun' ke bawah.

 
 *bentuk awan yang berbentuk kantung sebenarnya merupakan 'kantung' udara yang dikatakan 'tenggelam' ke bawah

 
27/06/2012 - Selatan Saskatchewan sejurus selepas berlakunya puting beliung

Awan mammatus akan berada pada keadaannya dengan lebih lama jika udara tersebut mengandungi titisan air dan ais kristal yang lebih besar kerana lebih banyak tenaga diperlukan untuk proses pengewapan berlaku. 

 
*Colorado Springs - 06/06/2012 [Chandler Knop]

 
* June 2012 [photo by Brenda]

*setelah penat mengarang dengan menggunakan ilmu tatabahasa tinggi, perut krok krek krok krek la pulok!

Sumber: 1, 2, 3, 4


Natural Phenomena: Light Pillar

0 GOSIP
Assalamu'alaikum

hey hey hey u olls~ dah minum petang ke? minum ape? kuih ape hari ni? ok. takde kena mengena dengan tajuk pun. hari ni satu lagi natural phenomena aku nak cerita. dok bosan2 taktau nak buat apa sangat kan, jom la teghejah baca blog aku. dapat gak ilmu kan..haha!

Time ni suhu dicatatkan adalah -25 darjah Celcius

Light pillar ataupun dipanggil tiang-tiang cahaya merupakan fenomena visual yang terhasil disebabkan pantulan cahaya daripada kristal-kristal ais di permukaan ufuk melintang yang kedudukannya selari. Cahaya tersebut boleh juga datang dari sumber seperti Matahari (selalunya pada permukaan ufuk yang rendah) atau selalunya dipanggil sebagai tiang mentari atau tiang solar. Dan cahaya tersebut boleh jugak datang dari Bulan mahupun lampu-lampu tepi jalan. [ok. gaya bahasa berstatus tinggi dah keluar. disarankan sape2 yang dapat A1+++ dalam mane2 exam mohon consider time nak proceed baca blog neh -.-]

*haa..contohnya gini. tiang mentari or sun pillar. ingat abang Goku je mampu buat super saiya beliau?

Tiang-tiang cahaya merupakan sejenis fenomena optikal yang terhasil daripada pantulan cahaya matahari mahupun cahaya bulan oleh kristal-kristal ais yang terdapat di permukaan atmosfera Bumi. Tiang-tiang tersebut kelihatan seperti jalur-jalur halus yang memanhang secara menegak ke atas ataupun di bawah sumber cahaya. Paling ketara dan jelas kelihatan adalah pada ketika Matahari berada di ufuk senja. Adakalanya ia juga muncul daripada Bulan. 


 
*Lautan Pasifik berdekatan Pulau Hawaii 

 

 

Lebih menarik kalau ianya samulajadi berbanding man made light.

*Contoh Moon pillar [05/08/2011 - Door County, WI, USA]


Natural Phenomena: Electric Neon Blue Waters

0 GOSIP
Assalamu'alaikum

untuk segmen Fenomena Alam ni, aku nak cerita tentang fenomena2 alam yang sangat lah ohsem yu oll. penah tengok gambar bawah ni?

 
 cantik kan cantik kan~

ok. fenomena kat atas di sebut Electric Neon Blue Waters. memang betul2 wujud dan bukan template movie Avatar ye. sape2 nak tengok lebih jelas, boleh la ajak famili ke Pulau Vaadhoo, Maldives. pantai2 kat Maldives memang ohsem2 belaka.

kenapa biru?

seindah namanya Neon, jangan korang ingat ada orang yang pegi letak lampu neon pulak kat tepi2 pantai tu. rajen kau~

Warna biru yang terhasil adalah disebabkan sejenis alga Noctiluca scintillans yang terdapat dalam air laut tersebut. 

 
Noctiluca scintillans

Protozoa ini juga dikenali sebagai Sea Sparkle dan tergolong di dalam jenis organisma yang boleh mengeluarkan cahaya. Noctiluca merupakan species dinoflagellate yang tidak bertoksik dan turut menyumbangkan sumber makanan kepada alga2 dan species ikan yang lain. Species dinoflagellate ini juga dikatakan mempunyai enzim yang apabila ianya bertindak balas dengan oksigen akan menghasilkan cahaya.


 
 Sea Sparkle

Noctiluca scintillans yang bewarna merah jambu terang akan menyebabkan kawasan yang didiaminya mempunyai warna yang sama tetapi uniknya protozoa ini akan bertukar biru bergemerlapan setibanya waktu malam kerana berlakunya tindak balas dengan oksigen dan terdapatnya gangguan seperti ombak dan kuasa elektrik juga merupakan salah satu faktor untuk protozoa ini bercahaya.

Apabila air laut bercampur dengan oksigen, menyebabkan bakteria bioluminescent untuk  bersinar. Terdapat banyak organisma2 di dalam laut yang bercahaya terutama yang tinggal di kawasan dasar laut yang dalam di mana kawasan tersebut tidak dapat ditembusi cahaya matahari.

Setibanya waktu malam, pantai ni akan mula bercahaya disebabkan alga2 Noctiluca scintillans yang turut dikenali sebagai 'red tide'. 'Red tide' akan menukar keseluruhan pesisir pantai kepada warna merah pekat di siang hari.

 
Red tide

Pada waktu malam, sejenis mikroskopik plankton [dynoflagellates] akan bertambah dan plankton ni akan bercahaya apabila terdapatnya gangguan elektrik mahupun  ombak. 

Lagi gambar menarik Electric Neon Blue Waters

 

 

 

 

Sekian untuk entry kali ni. penat ngarang ayat skema*sambil lap peluh

Sumber: 1, 2


Natural Phenomena: Foxfire

0 GOSIP
Assalamu'alaikum

 masak ape petang2 ni macik? buat sup ke?

Foxfire, atau adakalanya dikenali sebagai 'api pari pari' merupakan  sinar cahaya yang dihasilkan oleh sejenis species fungi yang terdapat pada kayu-kayu reput. Cahaya hijau yang terhasil adalah disebabkan oleh luciferine yang bertindak balas dengan oksigen untuk menukarkan tenaga kimia kepada tenaga cahaya. Terdapat beberapa jenis fungi yang dapat mengeluarkan cahaya hijau ini seperti Panellus stipticus, honey mushroom (Armillaria mellea) dan Jack o'lantern mushroom (Omphalotus illudens). Antara nama lain untuk Foxfire adalah 'Cold Fire', 'Will-o-the-wisp', dan 'Faerie Fire'.

 
Panellus stipticus

Armillaria mellea

 
 Omphalotus illudens

ni kalau aku masak nanti bila makan gamak2 bersinar sinar tak perut aku? jimat sket bateri torchlight.

mungkin la macik. saya tak cuba lagi. mungkin enak dibuat cendawan crepe. eheh!

untungla kalau gitu. durian kena beli, cendawan kutip kat batang kayu jo, ye dok?

Terdapat 30 hingga 40 jenis fungi bercahaya di serata dunia. Species yang selalunya dilihat di kawasan Chicago Wilderness adalah disebabkan oleh mycelium yang terdapat di dalam honey mushroom. Mycelium merupakan sejenis kumpulan hyphae yang tumbuh di atas dalam tanah dan di dalam kayu reput mahupun lubang-lubang terbiar. Manakala bahagian cendawan (fruiting body) pula di atas tanah. Apabila mycelium ini mengeluarkan cahaya, ia seolah olah kayu yag didiami janis cendawan tersebut yang bercahaya. 


 
Struktur cendawan yang mempunyai mycelium


 
Batang kayu reput yang didiami cendawan yang mempunyai mycelium

Jenis cendawan Jack o'lantern mushroom disebabkan oleh insang cendawan yang terdapat di bahagian fruiting body. Kebaikan jenis cendawan ini adalah dalam membantu menyimpan semula kandungan nutrient di dalam tanah. Tetapi cendawan ini tidak boleh dimakan kerana boleh menyebabkan masalah berkaitan perut dan juga usus.

 
 Species Jack o'lantern mushroom

Antara species lain yang turut menghasilkan cahaya

 
 Mycena chlorophos (Mycena chlorophanos)


 
Pleurotus nidiformis (Ghost Fungus)

kat mana ada jual ni nak? macik macam berminat

beli online pon boleh macik~ buat hiasan je ye. jangan dok buat sup pulak ;p

 
Glow-in-the Dark Mushroom Habitat Kit
*hebat kau siap ade jual lagi kat market~

Sumber: 1, 2, 3, 4, 5


Natural Phenomena: Snow Rollers

0 GOSIP
Assalamu'alaikum

 

Snow roller atau disebut gulungan salji adalah fenomena meteorological yang jarang berlaku. Gulungan salji ini terbentuk apabila bebola salji besar terbentuk secara semula jadi membentuk ketulan dan ditiup oleh angin yang kuat di atas permukaan tanah. Ketulan ini dikatakan akan bergulung bersama sama dengan apa sahaja bahan yang berada di antara jalannya dan hasilnya akan menghasilkan gulungan yang besar. Gulungan salji yang terbentuk ini selalunya berbentuk silinder dan berlubang di bahagian tengah di mana lapisan inilah yang mula-mula terbentuk. Lapisan ini sangat nipis dan mudah lerai berbanding lapisan luar.
Setakat ini, gulungan salji paling besar direkodkan adalah berdiameter 61 cm.

 

Terdapat beberapa keadaan yang diperlukan untuk gulungan salji ini terbentuk;

- kawasan permukaan tanah haruslah dilitupi oleh lapisan ais di mana salji tidak akan melekat di atasnya
- lapisan ais tersebut haruslah dilitupi salji yang basah, salji mudah lerai dan tidak terlalu mudah ditiup oleh angin (Suhu Salji = 32 degree F)
- angin yang akan meniup salji mestilah kuat sesuai dengan keadaan untuk salji itu digulung, tetapi tidak terlalu laju sehingga gulungan salji itu tidak sempat digulung

Selalunya gulungan salji ini akan terbentuk di kawasan-kawasan berbukit mahupun bergunung-ganang.

 
 Gulungan salji di Camas, Prairie (March 31, 2009)

Kejadian ini kerap berlaku di kawasan Amerika Utara dan Utara Eropah dan yang paling terkini berlaku di Illinois pada 11 Februari, 2003.

 
Salji yang terbentuk di Petersburg seberat 5 pound = 2.3 kg

macam karpet pun ada (dari Giant Mountain, Republik Czech)

 
cool what this scenery~ blink2

 
jom kita lawan, sape lagi besau~ hoho


Sumber: 1, 2, 3, 4
 

the secret Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez