Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 23, 2014

Kenapa McD itu Sedap [Fries]

1 GOSIP
Assalamu'alaikum

harini kita bercerita tentang makanan feveret kegilaan ramai orang tapi kena boikot. apa lagi kalau bukan McD. aku takmau cerita pasal boikot2 tu. tak best. kita cerita di sebalik apa bahan sebenar yang pihak McD ni guna untuk masak produk2 dorang neh iaitu Fries. *nama pun student enjinia. mau ada unsur2 kimia sikit kan :p

Kalau kat US, Fries ni akan dijual lebih laku berbanding burger sebab memang sangat2 jadi kegilaan penduduk kt US. Sebab utama Fries ni jadi lazat adalah disebabkan minyak yang dorang gunakan untuk menggoreng Fries tersebut iaitu campuran 7% minyak biji kekabu dan 93% lagi adalah minyak dari lemak2 tepu lembu. paham tak ni? meh aku tunjuk gambar

*ni adalah minyak yang dorang buat dari biji kekabu

*ni adalah lemak tepu dari lembu. korang mesti akan perasan bila sup yang korang tinggal lame2 bia sejuk, nanti lemak2 ketul ni la akan muncul.

haaa..hasil dari gabungan 2 jenis minyak ni la yang menyebabkan rasa Fries tu jadi sedap. tapi agak geli la tengok lemak lembu tu kan..:p

bila berita ni tersebar, syarikat2 makanan segera berdepan dengan macam2 kontroversi dan memang dihentam teruk oleh Indian Hindus dan jugak vegi2 yang memang tak tahu kandungan asal minyak yang dorang guna untuk goreng Fries tersebut. then, semua kakitangan McD pun mintak maaf la dan dorang claimed akan tukar guna minyak sayuran pulak.

Sejauh mana sihatnya French Fries?

French Fries ni sedap tapi sebenarnya tak elok untuk kesihatan sebab mengandungi sodium dan lemak tepu. Acryl amide merupakan sejenis bahan kimia yang terhasil apabila bahan yang berkanji tinggi dibakar, digoreng, di'grill' atau di'micro-waved' kan pada suhu yang tinggi.

Sangat2 la karsinogenik; iaitu boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat kanser dan ketumbuhan.

kita perlu tahu yang French Fries ni sebenarnya digoreng pada suhu 190°C!

menurut McD, dorang dah pun menjumpai pengganti minyak ni [means, minyak yang lebih sehat/bukan tepu], dan dah start digunakan oleh keseluruhan francais2 McD. tapi tak tahu la kenapa terdapat segelintir pihak atasan McD itu sendiri melarang para kakitangannya dari menyebarkan berita ni dari diketahui pihak pengguna.

hakikatnya bila kita makan Fries yang digoreng menggunakan minyak tepu memang sangat tak elok untuk kesihatan sebab boleh meningkatkan tahap kolesterol yang tinggi dalam badan. then macam2 penyakit akan bertandang.


nak makan boleh, silakan. tapi kontrol2 la sikit. jangan selalu ^_^

Decorate Hadiah Cara 1

0 GOSIP
Assalamu'alaikum

kali ni aku nak tunjuk cara2 decorate hadiah cara mudah. takyah beli kertas pembalut mahal2. tapi kalau korang malas nak ikut, its ok. boleh ikut cara masing2. :P

antara bahan2 yang diperlukan*ni bukan tuto nak ajar masak ye

 gunting, gam, kertas kale2, reben secoet, double-tape [if perlu], recycle paper untuk balut, dan seciput gambar hiasan

ok, mula2 balutkan hadiah dengan kerta recycle paper. kale putih pun tak pe. nanti lagi senang nak conteng2 :p

then, korang tampalkan seciput hiasan tu kat atas hadiah tu. macam gambar bawah ni.

tak kesahla nak tempek guna gam ataupun side-tape. tapi aku prefer pakai side-tape sebab nampak lagi kemas. kalau guna gam, nanti kertas jadi kedut2 bagai dimamah usia

pastu, dengan menggunakan lebihan2 A4 entah zaman bila dah korang tak guna tu, potong jalur2, halus2. dengan kuasa bulan mengikut kreativiti masing2, bentukkanlah apa2 sahaja yang korang suka untuk ditempek atas hadiah tu nanti. contoh aku buat bentuk hati, matahari dan flutterby

 nak buat saiz besaq mana pun takpa. aku buat kecik sebab nak jimat ketas. hehe

next, bolehlah create macam mana pun ikut suka hati korang lah. penggunaan kale LUNA ke, magic kale ke memang digalakkan since kita guna kertas A4 kosong masa mula2 nak wrap tadi kan. then lepas decorate..

 taraaa! jadilah seperti ini :)

Selamat mencuba ^_^'

Rekaan Jepun yang Super Craziest

0 GOSIP
Assalamu'alaikum

harini nak share info tentang rekaan2 yang orang jepun cipta. maklumla jepun ni segala benda dia nak reka. sampai buang air pun robot yang tolong basuhkan. punya la dia cipta. efeknya manusia pakat malas nak begerak. kurang exercise, makan ja banyak, badan makin berisi. pastu serba serbi penyakit datang tanpa diundang. pastu mati. oh, sungguh sadis!

ok dah2 merepek.jom usya~

1) pengering kuku

 * ha, sape yang polish2 kuku tu, nak cepat kering. pakai je bende ni. sebelah kanan tu pam angin

2) Butter Stick Type

dah lambat nak g keje? takut tertinggal bas sekolah? sumbat sahaja butter stick ni dalam poket. mudah dibawa kemana mana. takde la nanti tengok orang angkut pinggan butter merata rata kan ;p

2) payung yang boleh tadah air hujan

 air yang ditadah tu boleh digunakan untuk keperluan tertentu. tapi cam takdek efek je kat user. basah jugak!

4. topeng liptisk

sape2 yang jenis aggressive time pakai lipstick tu, buleh la dapatkan di pasaran yang terdekat sekarang. *hoho

5. fake footstep

 yang ni boleh rotate 180 digri

6. kipas nak sejukkan makanan

 sesuai dihadiahkan pada sape2 yang jenis aggressive bab makan macam aku ni. kemain kau, tak nyempat2 nuggu sejuk :3

7. spek khas untuk pakai eyedrop

 manja sunggoh laa..yang ni pun nak cipta [=..=']

 8. payung yang sangat amazing

 konfem tak basah. konfem takleh benyawa.

9. meter mengunyah

 ok. yang ni aku pun tak paham kenapa ia dicipta di muka bumi ni. next!

10. jari khas untuk gosok gigi

 ni sesuai untuk yang pesyen malas nak pegang berus gigi. kalau nak kale wana wani pun ada.

 ha pilih jangan tak pilih

11. helmet yang cool

ok, helmet ni sangat ohsem untuk yang jenis sukaaa sangat tido dalam keta/bas/teksi sampai tehantok hantok pale kat cermin tuh. terbaik! ada notis board siap dengan pelocok siap yaw~

enaf2 lah entri untuk kali ni. diingatkan aku bukanlah promoter yang berbayar atau tak berbayar untuk semua produk2 kat atas tu. sekadar berkongsi saja. kalau bekenan nak beli, p la melancong jepun sana hohohokey~ ;p

-thanks 4 dropping by n bubbye-


Kenapa Langit Itu Biru?

0 GOSIP
Assalamu'alaikum

Pernah tak korang terfikir kenapa langit kita berwarna biru? kenapa tak merah jambu ke, hijau pucuk pisang ke..mana la tau kan kot kot pernah terlintas kat benak sanubari korang kan..jom baca entri di bawah untuk mengetahui sebabnya.

 
*Pendang, Kedah

 
*Pendang, Kedah

Warna biru pada langit adalah disebabkan serakan molekul-molekul cahaya matahari di atmosfera. Serakan ini dipanggil Serakan Rayleigh [SR] bersempena nama ahli fizik British yang dikatakan telah menemui fenomena ini iaitu Lord Rayleigh. Serakan ini lebih efektif pada gelombang yang lebih pendek [merujuk kepada warna biru pada penghujung spektrum]. Oleh itu, serakan cahaya akan diserakkan ke bawah menuju ke bumi pada sudut yang lebih luas bergantung kepada arah cahaya matahari. SR berbeza dengan serakan-serakan lain kerana mudah terserak pada gelombang yang lebih pendek.  Warna biru yang bergelombang pendek pada spektrum cahaya akan lebih mudah diserakkan berbanding warna-warna lain.


Langit yang berkedudukan makin jauh dari matahari adalah lebih pekat warna birunya berbanding langit yang berkedudukan dekat dengan matahari. Warna langit yang kian memutih berdekatan matahari boleh disifatkan sebagai Serakan Mie iaitu serakan cahaya tidak bergantung sepenuhnya terhadap gelombang.

 
*Sungai Siput, Kedah

Manakala langit akan bertukar kemerahan menjelang senja disebabkan proses serakan yang melampau / meningkat. Ini adalah disebabkan terbenamnya matahari pada sudut yang berbeza menyebabkan cahaya matahari akan more travel melalui udara. Fenomena ini meningkatkan lagi proses serakan sehingga semua warna biru terserak selengkapnya jauh dari penglihatan menggantikan gelombang yang lebih panjang iaitu warna merah.

*Tobago

SR merupakan faktor penting dalam menentukan sesetengah warna batu permata. Sesetengah warna berlian akan nampak biru apabila berada pada cahaya yang berbeza seperti cahaya UV dan adakalanya akan muncul warna seakan-akan merah.

 

Sumber Artikel: 1, 2,


Top 10 Tablet Terbaik 2013

0 GOSIP
Assalamu'alaikum

10. Asus Transformer Pad Infinity


Camera: 8 Megapixel
Processor: 1.6 GHz
Storage Capacity: 64 GB
RAM: 1 GB
Screen Size: 10.1 in.
Battery life: 9.5 hours
Supported: Video Chat & 10-finger multi-touch
Price: $ 439 [RM 1 333]

9. Razer Edge


Tablet yang direka khas untuk pemain game tegar.

Processor: Core i5 Dual Core w/ Hyper Threading Base 1.7 GHz
Storage Capacity: 64 GB
RAM: 4 GB
Screen Size: 10.1 in.
OS: Windows 8
Price: $999 [RM 3 033]

8. Sony Xperia Tablet S


Processor: 1.4 GHz
Camera: 8 Megapixels
Screen Size: 9.4 in.
Battery Life: 12 hours
Storage Capacity: 64 GB
Price: $ 498 [RM 1 512]
Resolution: 720p
Weight: 1.3 pounds

7. Motorola XOOM


Processor: Nvidia Dual-Core 2 x 1 GHz
RAM: 1 GB
Storage Capacity: 32 GB
Screen Size: 10.1 in.
Camera: 5 Megapixels
Battery Life: 10 hours
Weight: 1.6 pounds
Price: $ 319 [RM 969]

6. Microsoft Surface Pro


Processor: Quad Core Tegra 3 1.3 GHz
OS: Windows 8
RAM: 2 GB
Storage Capacity: 64 GB
Screen Size: 10.6 in.
Camera: 1.2 Megapixels
Price: $ 499 [RM 1 515]

5. Toshibaa AT300


Processor: nVIDIA Tegra T30SL 1.3 GHz
RAM: 1 GB
Storage Capacity: 16 GB
Screen Capacity: 10.1 in.
Camera: 5 Megapixels
Price: $ 400 [RM 1 215]

4. Kindle Fire HD [eBook reader]


Processor: Dual Core Cortex-A9 1.2 GHz
Storage Capacity: 32 GB
Screen Size: 7 in.
Weight: 0.87 pounds
Price: $ 199 [RM 604]

3. Samsung Galaxy Tab 10.1


Processor: Dual-Core Cortex-A9 1 GHz
RAM: 2 GB
Storage Capacity: 32 GB
Screen Size: 10.1 in.
Camera: 3 Megapixels
Weight: 1.28 pounds
Price: $ 375 [RM 1 139]

2. Google Nexus 7 [HD touchscreen display]


Diperkenalkan oleh Google

Processor: Quad-Core Tegra 3 1.3 GHz
RAM: 1 GB
Storage Capacity: 32 GB
Screen Size: 7.8 in.
Price: $ 225 [RM 683]

1. Apple iPad


Tablet terbaik bagi 2013.

Processor: Dual-Core A5X 1 GHz
RAM: 1 GB
Screen Size: 9.7 in.
Camera: 5 Megapixels
Storage Capacity: 64 GB
Battery Life: 10 hours
Weight: 1.4 pounds
Price: $ 499 [RM 1 515]


Top 10 Universiti Kejuruteraan Terhebat di Dunia

0 GOSIP
Assalamu'alaikum

Berikut merupakan 10 universiti kejuruteraan ternama berdasarkan Ranking 2012-2013 yang dicatatkan oleh Times Higher Education World University.

10. Imperial College London, United Kingdom [Score: 84.6]


Nama rasminya adalah Kolej Diraja Sains, Teknology dan Perubatan [Imperial College of Science, Technology and Medicine]. Universiti penyelidikan awam ini ditubuhkan pada 1907. Mempunyai lebih kurang 13 500 pelajar dan 3 300 kakitangan akademik.

9. Georgia Institute of Technology, United States [Score: 85.0]


Juga merupakan universiti penyelidikan awam dengan kampus satelit di Savannah [Georgia]. Metz [France], Athlone [Ireland], Shanghai [China] dan juga Singapura. Ditubuhkan pada 1885 untuk ekonomi perindustrian selepas Perang Sivil Southern USA. Berkapasiti 20 000 pelajar dengan 900 kakitangan fakulti.

8. ETH Zurich - Swiss Federal Institute of Technology Zurich, Switzerland [Score: 86.1]


Universiti penyelidikan awam ini bekerja di bawah ETH Domain, yang merupakan kesatuan institut universiti penyelidikan kerajaan Swiss dan diselia oleh Jabatan Negeri Persekutuan Switzerland. Ditubuhkan pada 1854 dan berkapasiti pelajar seramai 17 000.

7. University of California, Los Angeles, United States [Score 88.4]


Merupakan salah sebuah universiti penyelidikan awam yang diubuhkan pada 1919 dan berkapasiti seramai 40 000 pelajar. Merupakan sebahagian daripada sistem University of California dan merangkap kampus utama selari dengan University of California, Berkeley. Universiti ini paling terkenal di USA dengan paling ramai kadar permohonan.

6. University of Cambridge, United Kingdom [Score: 89.4]


Universiti penyelidikan awam yang ditubuhkan pada 1209, merupakan universiti kedua dunia yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara dan merupakan universiti ketiga tertua di dunia. Sebahagian daripada 'golden triangle' universiti-universiti British selain Oxford dan Cambridge, London. Mempunyai lebih dari 18 000 pelajar dan kakitangan serta 8 500 tenaga pakar.

5. Stanford University, United States [Score: 89.4]


Nama rasminya adalah Leland Stanford Junior University dan merupakan universiti penyelidikan swasta yang ditubuhkan pada 1891. Kadar bayaran untuk kelas tuisyen adalah percuma sehingga tahun 1930 an dan selepas itu terus mengalami masalah kewangan. Kebanyakan ahli Kongres US adalah ahli Stanford dan dianggarkan seramai 30 ahli jutawan ternama lahir dari universiti ini. Berkapasiti lebih dari 15 500 pelajar bagi program berijazah.

4. University of California, Berkeley, United States [Score: 90.2]


Universiti penyelidikan awan yang ditubuhkan pada 1868, merupakan pusat kemajuan industri bagi USA, dan tempat pertama di mana bom pertama dunia dihasilkan. Berkapasiti lebih dari 35 500 pelajar.

3. Massachusetts Institute of Technology, United States [Score: 91.4]


Universiti penyelidikan swasta yang ditubuhkan pada 1861 dengan makmal penyelidikan yang serba lengkap. Berkerjasama dengan industri untuk menjalankan kajian berteknologi tinggi. Berkapasiti lebih dari 10 500 pelajar dengan kakitangan fakulti seramai 1 000 orang dan kadar penerimaan adalah 8.9%.

2. Princeton University, United States [Score: 91.9]


Universiti penyelidikan swasta dan salah satu dari lapan universiti yang tersenarai dalam Ivy League di USA. Ditubuhkan pada 1746 dan kini mempunyai  kadar derma universiti terbesar dunia - $16.954 bilion.

1. California Institute of Technology, United States [Score 94.4]


Universiti penyelidikan swasta yang ditubuhkan pada 1891 dan memainkan peranan penting dalam kemajuan USA. Di univesiti ini juga turut mengoperasikan makmal Jet pihak NASA dan dikatakan sebagai universiti saingan bagi MIT. Mempunyai sekitar 2 200 pelajar dan kakitangan akademik serta 290 orang tenaga pakar.


Sumber: 1

Laksa Penang Tersenarai 10 Makanan Terlazat di Dunia - CNN

0 GOSIP
Assalamu'alaikum

Entri kali ini khas untuk perut aku yang berbunyi bunyi mintak diisi. Sungguh lapar rasanya. Usya2 nak buat entri apa, then jumpa pasal makanan pulak. Sebagai rakyat Malaysia, aku sangat berbangga bila terbaca satu artikel tentang makanan Malaysia tersenarai dalam 50 makanan terlazat di dunia dan berada di tangga ke-7! Top 10 tu. fuyyo~ macam carta lagu pulak. Makanan tersebut adalah semestinya feveret aku sepanjang zaman iaitu laksa penang la..Survey ini dibuat pada tahun 2011 dan dilaporkan oleh CNN [Cable News Network] . Tak la lama mana lagipun kan..jom2 tengok kedudukan makanan yang lain pulak. [seyes aku rasa mcm deejay radio carta era. pheww~]

50. Buttered popcorn, USA

 

49. Masala dosa, India

 

48. Potato chips, USA


47. Seafood paella, Spain

 

46. Som tam, Thailand


45. Chicken rice, Singapore


44. Poutine, Canada


43. Tacos, Mexico


42. Buttered toast with Marmite, Britain


41. Stinky tofu, Southeast Asia


40. Marzipan, Germany


39. Ketchup, USA


38. French toast, Hong Kong


37. Chicken parm, Australia


36. Texas barbecue pork, USA


35. Chili crab, Singapore

34. Maple syrup, Canada


33. Fish 'n' Chips, Britain


32. Ankimo, Japan


31. Parma ham, Italy


30. Goi cuon (summer roll), Vietnam


29. Ohmi-gyu beef steak, Japan


28. Pho, Vietnam


27. Montreal-style smoked meat, Canada


26. Fajitas, Mexico


25. Butter garlic crab, India


24. Champ, Ireland


23. Lasagna, Italy


22. Brownie and vanilla ice cream, global


21. Croissant, France


20. Arepas, Venezuela


19. Nam tok moo, Thailand


18. Kebab, Iran


17. Lobster, global


16. Egg tart, Hong Kong


15. Kalua pig, USA


14. Donuts, USA


13. Corn on the cob, global


12. Shepherd's pie, Britain


11. Rendang, Indonesia


10. Chicken muamba, Gabon


9. Ice cream, USA


8. Tom yum goong, Thailand


7. Penang assam laksa, Malaysia


6. Hamburger, Germany


5. Peking duck, China


4. Sushi, Japan


3. Chocolate, Mexico


2. Neapolitan pizza, Italy



1. Massaman curry, Thailand



Sumber: 1



 

the secret Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez