Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 23, 2014

Top 10 Universiti Kejuruteraan Terhebat di Dunia


Assalamu'alaikum

Berikut merupakan 10 universiti kejuruteraan ternama berdasarkan Ranking 2012-2013 yang dicatatkan oleh Times Higher Education World University.

10. Imperial College London, United Kingdom [Score: 84.6]


Nama rasminya adalah Kolej Diraja Sains, Teknology dan Perubatan [Imperial College of Science, Technology and Medicine]. Universiti penyelidikan awam ini ditubuhkan pada 1907. Mempunyai lebih kurang 13 500 pelajar dan 3 300 kakitangan akademik.

9. Georgia Institute of Technology, United States [Score: 85.0]


Juga merupakan universiti penyelidikan awam dengan kampus satelit di Savannah [Georgia]. Metz [France], Athlone [Ireland], Shanghai [China] dan juga Singapura. Ditubuhkan pada 1885 untuk ekonomi perindustrian selepas Perang Sivil Southern USA. Berkapasiti 20 000 pelajar dengan 900 kakitangan fakulti.

8. ETH Zurich - Swiss Federal Institute of Technology Zurich, Switzerland [Score: 86.1]


Universiti penyelidikan awam ini bekerja di bawah ETH Domain, yang merupakan kesatuan institut universiti penyelidikan kerajaan Swiss dan diselia oleh Jabatan Negeri Persekutuan Switzerland. Ditubuhkan pada 1854 dan berkapasiti pelajar seramai 17 000.

7. University of California, Los Angeles, United States [Score 88.4]


Merupakan salah sebuah universiti penyelidikan awam yang diubuhkan pada 1919 dan berkapasiti seramai 40 000 pelajar. Merupakan sebahagian daripada sistem University of California dan merangkap kampus utama selari dengan University of California, Berkeley. Universiti ini paling terkenal di USA dengan paling ramai kadar permohonan.

6. University of Cambridge, United Kingdom [Score: 89.4]


Universiti penyelidikan awam yang ditubuhkan pada 1209, merupakan universiti kedua dunia yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara dan merupakan universiti ketiga tertua di dunia. Sebahagian daripada 'golden triangle' universiti-universiti British selain Oxford dan Cambridge, London. Mempunyai lebih dari 18 000 pelajar dan kakitangan serta 8 500 tenaga pakar.

5. Stanford University, United States [Score: 89.4]


Nama rasminya adalah Leland Stanford Junior University dan merupakan universiti penyelidikan swasta yang ditubuhkan pada 1891. Kadar bayaran untuk kelas tuisyen adalah percuma sehingga tahun 1930 an dan selepas itu terus mengalami masalah kewangan. Kebanyakan ahli Kongres US adalah ahli Stanford dan dianggarkan seramai 30 ahli jutawan ternama lahir dari universiti ini. Berkapasiti lebih dari 15 500 pelajar bagi program berijazah.

4. University of California, Berkeley, United States [Score: 90.2]


Universiti penyelidikan awan yang ditubuhkan pada 1868, merupakan pusat kemajuan industri bagi USA, dan tempat pertama di mana bom pertama dunia dihasilkan. Berkapasiti lebih dari 35 500 pelajar.

3. Massachusetts Institute of Technology, United States [Score: 91.4]


Universiti penyelidikan swasta yang ditubuhkan pada 1861 dengan makmal penyelidikan yang serba lengkap. Berkerjasama dengan industri untuk menjalankan kajian berteknologi tinggi. Berkapasiti lebih dari 10 500 pelajar dengan kakitangan fakulti seramai 1 000 orang dan kadar penerimaan adalah 8.9%.

2. Princeton University, United States [Score: 91.9]


Universiti penyelidikan swasta dan salah satu dari lapan universiti yang tersenarai dalam Ivy League di USA. Ditubuhkan pada 1746 dan kini mempunyai  kadar derma universiti terbesar dunia - $16.954 bilion.

1. California Institute of Technology, United States [Score 94.4]


Universiti penyelidikan swasta yang ditubuhkan pada 1891 dan memainkan peranan penting dalam kemajuan USA. Di univesiti ini juga turut mengoperasikan makmal Jet pihak NASA dan dikatakan sebagai universiti saingan bagi MIT. Mempunyai sekitar 2 200 pelajar dan kakitangan akademik serta 290 orang tenaga pakar.


Sumber: 1

0 GOSIP on "Top 10 Universiti Kejuruteraan Terhebat di Dunia"

Post a Comment

 

the secret Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez