Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, April 7, 2013

Elak 7 Perkara Selepas Makan



Assalamu'alaikum

Hari ni aku nak kongsi tips tips sihat supaya tidak diamalkan atau dibuat selepas sahaja korang makan.

Jangan merokok 

Kajian menunjukkan bahawa merokok hanya sebatang rokok selepas makan sama seperti merokok 10 batang rokok pada waktu-waktu biasa.

Jangan makan buah-buahan serta-merta

  

Ini akan menyebabkan perut kembung. Disarankan makan buah 1-2 jam selepas anda makan atau 1 jam sebelum makan.

Jangan minum teh

Daun teh mengandungi asid yang tinggi dan bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam badan akan terus mengeras dan sukar untuk dihadam.

Jangan mandi

Mandi sejurus selepas makan menyebabkan pengaliran darah ke bahagian tangan, dan badan [kecuali perut] meningkat manakala kadar pengaliran darah ke perut akan menurun. Ini akan melemahkan sistem perkumuhan di dalam perut.

Jangan banyak berjalan

Banyak berjalan selepas makan menyebabkan sistem perkumuhan sukar untuk menyerap nutrient daripada makanan yang diambil.

Jangan tidur serta merta

Ini kerana makanan yang kita ambil tidak dapat dicerna dengan baik dan boleh menyebabkan gastrik serta jangkitan pada usus.

Jangan bersenam

Jangan melakukan senaman sejurus selepas makan. Ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat berfungsi dengan baik.

 

Terdapat sesetengah sumber menyatakan makan selepas pukul 8 malam boleh menyebabkan seseorang itu gemuk. Betul ke? ihik!


0 GOSIP on "Elak 7 Perkara Selepas Makan"

Post a Comment

 

the secret Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez